June 6, 2019

Meniti Baki Usia…

Tahun lepas genaplah usia saya 40 tahun. Pejam celik, pejam celik sudah dua pertiga umur di dunia ni. Ada orang kata sekarang jangka hayat penduduk Malaysia menjangkau seratus tahun, maklumlah Tun Mahathir pun dah 99 tahun. Tapi, saya kira itu bonus… sebab, Rasulullah pun usianya sekadar 63 tahun… congak-congak, maka tinggallah 20 tahun lebih je lagi.

Yang paling merisaukan, cuma sekarang baru saya sedar bahawa saya belum benar-benar memahami isi kandungan Al-Quran. Apatah lagi saya yang berbangsa Melayu yang tingal di Malaysia dan Bahasa Arab bukanlah bahasa seharian yang digunapakai. Saya kira sebagai hamba Allah di dunia ini, kita harus memahami dan menghayati isi kandungan kitab Allah ini. Kerana, Allah dah jadikan kita di dunia ini dan disediakan kitab Al-Quran sebagai panduan. Kalau selama ini kita tak berpandukan kepada Al-Quran, kita berpandukan kepada apa?

Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sepatutnya kita ini hidup di dunia ini, kerana Dialah yang menjadikan kita dan Dialah yang menjadikan dunia ini. Sepertimana sebuah telefon pintar perlukan perisian Android atau ios untuk beroperasi dengan sempurna, begitulah kita manusia perlukan Al-Quran sebagai perisian untuk hidup dengan sempurna.

Dengan itu, berbekalkan usia yang berbaki ini akan saya cuba untuk fahami dan hayati ayat-ayat suci Allah, Yang Maha Pencipta dan akan saya kongsikan bersama di laman ini agar kita dapat bersama-sama perbincangkan dan perdebatkan dari pelbagai sudut pandangan agar setiap komen dan pandangan itu dapat memperkukuhkan kefahaman kita tentang diri dan kehidupan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *